Friday, 10 October 2014

 PROGRAM KEROHANIAN DI MARINA ISLAND 

 Setelah selesai menunaikan solat fardhu maghrib secara berjemaah anak-anak SKTKU memulakan bacaan yasin beramai-ramai bagi memohon kepada Allah agar diberi kekuatan dan kejayaan di dalam pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan tahun 2014 yang akan berlangsung tidak sampai 24 jam dari sekarang. Pimpinan bacaan Yasin ini telah dipimpin oleh Ustazah Ani Nadhrah Semoga doa akan dimakbulkan Allah S.W.T.

 Setelah selesai Bacaaan Yasin pula al-fadzil Ustaz Anas bin Abdul Razak  menyampaikan tazkirah serta motivasi kepada pasukan Kalam Jamaie SKTKU.
 Para peserta bergelak ketawa sejenak apabila ustaz Anas berceloteh semasa menyampaikan ceramah serta motivasi beliau.

Orang kuat Pasukan Kalam Jamaie SKTKU turut serta dalam program ceramah dan motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Anas Abdul Razak


 Beginilah pentas pertarungan Kalam Jamaie Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 11 Oktober 2014 bertempat di Marina Island, Lumut Perak.


Semoga Kemenangan milik kita



No comments:

Post a Comment